BPA and Phthalates

BPA

Apa itu Bisphenol A (BPA)?

 

BPA adalah bahan additive kimia yang digunakan untuk membuat plastik polycarbonate dan resin epoksi. Ia boleh didapati dalam pembuatan botol bayi, cawan, botol air dan dalam lapisan makanan dalam tin. Pendedahan kepada manusia berlaku terutamanya melalui pemakanan (dari diet dan dari menghisap / memasak barangan plastik), atau melalui sentuhan kulit. BPA akan meniru hormon tertentu manusia dan boleh mengganggu sistem endokrin; menyebabkan kesan kesihatan yang buruk seperti kanser prostat, kanser payudara, keguguran, kecacatan kelahiran,  pengeluaran sperma yang rendah dan kelakuan hiperaktif.

 

Bagaimana untuk meminimumkan kesan pendedahan kepada BPA?

1. Elakkan penggunaan policarbonate terutamanya untuk makanan dan minuman. Pastikan juga mengelakkan barangan plastik yang mengandungi BPA atau sebatian serupa seperti BPS dan BPF. BPA terkandung dalam produk plastik dengan sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC) # 7 – PC (Polycarbonate). Plastik jenis ini sifatnya keras dan tidak fleksibel apabila ditekan serta berwarna jernih.

2. Guna pilihan produk yang tertera “BPA-free” pada label barangan.

3. Elakkan penggunaan plastik untuk memasak atau menyimpan makanan dan minuman yang panas. Haba akan melarutkan sebatian kimia dari plastik apabila dipanaskan.

4. Elakkan penggunaan plastik yang tidak dikenalpasti atau tiada maklumat material plastik pada pembungkusan.

5. Jangan memanaskan makanan bekas plastik ke dalam mikrowave, untuk semua jenis plastik.

 

PHTHALATES

Apa itu Phthalates?

 

Phthalates adalah kelas bahan kimia yang bertindak sebagai pelarut dan penstabil yang digunakan dalam proses kitaran plastik seperti PVC (polyvinyl chloride). Penggunaan bahan kimia bertoksik seperti merkuri, dioksin dan phthalates, adalah berbahaya pada kesihatan. PVC biasanya dirujuk sebagai “vinyl”. EVA (ethylene vinyl acetate) dan PEVA (polyethylene vinyl acetate) juga termasuk di dalam kumpulan PVC. Salah satu bahan additive toksik yang paling biasa ialah Di (2-etilheksil) phthalates (DEHP). Tiga phthalates, termasuk DEHP, telah diharamkan secara kekal dari beberapa mainan dan peralatan kanak-kanak pada 2009. Kesan kesihatan yang mampu berlaku dari pendedahan kepada Phthalates termasuklah gangguan hormon, masalah perkembangan dan pembiakan, asma, kelahiran pra-matang, pengeluaran sperma yang rendah serta perkembangan beberapa jenis kanser.

 

Bagaimana untuk meminimumkan kesan pendedahan kepada Phthalates?

1. Elakkan penggunaan PVC sebagai material untuk produk penyimpanan bahan minuman dan makanan. Ia boleh dikenalpasti melalui sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC) # 3 – PVC atau V.

2. Pilih produk plastik yang diperbuat daripada Polypropylene (PP) sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC) #5 atau High Density Polyethylene (HDPE) sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC) #2, yang merupakan alternatif yang lebih selamat kepada PVC.

3. Guna produk plastik “PVC-free” seperti produk yang dibuat dari Polyethylene (PE).

4. Beli produk tanpa Phthalates atau yang bertanda “Phthalates-free” pada label.

5. Elakkan pemanasan pada plastik PVC kerana haba yang terhasil akan melarutkan sebatian kimia seperti Phthalates apabila dipanaskan.

 

Whatsapp Us