Soft Flask Versi 2020 ( How It’s Made? ) 1

Bagaimanakah proses design dan pembangunan soft flask kami semasa dikilangkan?. Proses yang panjang perlu sebenarnya bermula dari secetus idea. Idealah yang akan memberikan konsep dan direction sesuatu design. Maka di dalam pembuatan soft flask versi terbaru untuk 2020 ini, mengambil kira beberapa perkara ini menjadi polisi atau asas kepada rekabentuk yang akan dibangunkan.

Di dalam proses R&D soft flask ini, kami akan memikirkan perkara berikut;

  1. Empathise– empati ialah rasa utk merasai pengalaman pengguna. Kena rasai dan adaptasi dengan keadaan atau situasi yang sering dilalui oleh pengguna sasaran. Kumpul data tersebut untuk samada digunakan semasa mengeluarkan produk baru atau untuk review design sediaada.
  2. Define (the Problem)– masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dinyatakan. Dapatkan seberapa banyak feedback untuk menambah baik produk. Di dalam versi soft flask kami versi 2019, beberapa masalah pengguna telah dapat disenarai pendek. Antaranya:
    a. Closing cap terlalu kecil dan susah dibuka apabila tangan licin.
    b. Soft flask susah hendak dimasukkan ke dalam running vest.
    c. Penggunaan drinking tube mengganggu pergerakan manakala penggunaan short
    mouthpiece menyukarkan untuk diminum.
  3. Ideate– Lakar idea penyelesaian pada kanvas. Kaedah lakaran ini kemudiannya diberikan ukuran yang lebih detail termasukkan menyediakan technical drawing dan mock-up. Masukkan spesifikasi sebenar untuk memberi ciri lain seperti warna material, material thickness, jenis mouthpiece, type of closing cap, printing artwork dan sebagainya. Part ini kita perlu rujuk silang dengan data R&D yang ada. Blend sikit dengan knowledge di samping bekalan kreatif dan inovatif sebab ia menentukan hasil yang kita akan dapat.
  4. Prototype– Request pada kilang untuk penyediaan prototaip. Perlu ingat bahawa lakaran harus sepadan dengan lukisan teknikal manakala detail teknikal perlu sepadan dengan spesifikasi komponen keluaran kilang seperti closing cap, mouthpiece dan sebagainya. Periksa paten yang kilang miliki. Selain boleh digunakan, ia juga dapat hindar pelanggaran hakcipta dengan pengeluar lain. Selalu cross check dengan kilang untuk memastikan segala perancangan menjadi hasil yang efektif seperti dikehendaki.
  5. Test– Pemilihan kilang yang mempunyai kemudahan untuk melakukan ujian adalah amat diperlukan untuk mendapat data bagi menjamin kualiti dan untuk kemudahan kerja-kerja R&D dikemudian hari. Untuk softflask biasanya akan melalui 3 mesin ujian iaitu Wave Tester (compression test), Vibration Tester dan Bearing Tester (durability test). Pemilihan kilang yang memenuhi SGS-CSTC atau ISO Standards dapat menjamin kualiti produk yang dikeluarkan.

 

TPU material
TPU color
cutting tpu

Selepas melalui peringkat-peringkat di atas dan mencapai objektif yang kita ingini, barulah kita boleh mengeluarkan produk tersebut untuk mass production. Untuk main material, kami memilih menggunakan imported double-face thermal plastic polyurethane(TPU) berbanding bahan PEVA/EVA disebabkan faktor high water dissolution resistance nya, high anti-bacteria ability, strong tearing resistance, impact resistance dan high water pressure resistance di samping ianya passed food grade test dari FDA/EU untuk Bisphenol-A(BPA)free, Bisphenol-F (BPF) free, Bisphenol-S (BPS) free, PVC free dan Phthalates free.

Lakaran di gambar 1 adalah semasa proses awal peringkat Ideate. Antara masalah yang telah diberikan solution ialah.

a. Closing cap dilebarkan dan ada groove di permukaan yg bersentuhan dengan jari ketika open/close àeliminate masalah cap susah nak buka.

b. Bottom side di tiruskan untuk lebih sharp cut dengan single frequency welding à mengurangkan masalah soft flask susah nak masuk running vest

c. Curve and short bite mouthpiece lebih pendek untuk tidak mengganggu pergerakan dan curve untuk memudahkan semasa diminum terus dari running vest.

TPU before welding
softflask prototype

Apakah aspirasi kami tentang rekabentuk ini? Rekabentuk ini perlu..
– inovatif
– membuatkan produk itu berguna
– estatik
– membuatkan produk difahami
– tidak mendatangkan gangguan ergonomi
– valueable
– boleh bertahan lama
– ada perincian
– environmentally-friendly
– less,clean but better

Turutan proses pembuatan Orga Hyd8flask ver 2020 ini:
Lakaran > Lukisan Teknikal > Prototaip > Uji > Mass Production

Turutan proses Production
Pemilihan bahan > Pemotongan > Print > Pasang Komponen > Press > RF Welding

mass production
factory workers
softflask factory

Semasa proses production, teruskan untuk kerjasama bermaklumat dengan R&D dept team kilang tersebut. Dalam pembuatan soft flask ini, kami bekerjasama semenjak proses lakaran lagi. Salah satu manfaatnya ia dapat menjimatkan masa. Semasa proses berikutnya, mereka juga nanti turut bertanggungjawab menguji selain perbincangan untuk hasil akhir yang baik. Antara perkara paling sukar ketika itu ialah menentukan darjah ketirusan bottom softflask. Jadi beberapa siri ujian lain perlu dilakukan untuk mendapat ratio ketirusan nisbah kekuatan yang ideal untuk menampung tekanan 500ml air itu.

InsyaAllah, diharapkan produk ini mampu diterima oleh semua pengguna sasaran kami. Sesungguhnya, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaek untuk produk ini. Teknologi seolah menjadikan dunia ini semakin rata. Design dari cottage manufacturer di Melaka ini bakal disiapkan dan menemui pengguna penghujung tahun ini. Nantikan siri-siri produk yang lain yang akan turut sama dalam barisan produk baru Orga Mountainworks versi 2020.

Research & Development Dept.
ORGA Mountainworks
‘Built To Inspire’

Whatsapp Us